icon-search


Parut Lekuk yang Mengusarkan!

Selalunya disebabkan oleh JERAWAT, parut dalam adalah komplikasi kulit jangka panjang.Parut mungkin mencacatkan dan mengubah hidup, menyebabkan kemurungan dan kurang tahap keyakinan diri. Hakikatnya, parut itu kekal dan tidak boleh dipulihkan dengan penjagaan kulit atau produk topikal.

Terdapat beberapa jenis parut jerawat :

Rawatan Profhilo di Seremban (2).png

Kenapa Perlu Jumpa Doktor Untuk Rawatan?

Sekarang kita tahu bahawa parut jerawat adalah kekal, dan kita boleh membincangkan apakah yang boleh kita lakukan untuk membaikinya. Penggunaan ubat-ubatan atau rawatan di rumah tidak berkesan untuk parut lekuk ini. Walau bagaimanapun, anda boleh mendapatkan nasihat dari Doktor Estetik atau Pakar Kulit, mereka akan menganal pasti jenis masaalah parut anda dan memberikan yang spesifik rawatan, bergantung pada jenis parut anda.

Dan inilah hasil yang kita harapkan selepas rawatan :

- Kontour Kulit Lebih Licin

- Parut yang semakin mengecil.

- Meningkatkan Keyakinan Diri


Kaedah Rawatan

Rawatan yang digunakan untuk rawatan parut lekuk:

‘SUBCISION’

Jarum khas digunakan untuk memecahkan fiber fibrotik di dalam kulit. Rawatan diulang sehingga parut ‘dilepaskan’, manakala kolagen baru yang terhasil di bawahnya, akan memulihkan parut.

‘TCA CROSS’

Prosedur ini menggunakan asid berkepekatan  tinggi untuk menyahtukarkan protein pada parut lapisan tisu yang lebih dalam. Ini merangsang sintesis kolagen dan membaiki kawasan parut semasa kulit pulih. Teknik ini sangat baik untuk merawat parut seperti parut ice pick dan parut kotak.

LASER ‘ABLATIF’

Laser ablatif sangat baik untuk parut jenis parut ‘berkotak’ .Beberapa teknik dan kadar kuala laser boleh di gunakan untuk rawtan ini.

LASER PICO

Kaedah yang berbaru sangat bagus untuk parut jenis ‘Rooling Scar’. Rawatan Pico laser ini menjadi pilihan klient kerana hasilnya yang bagus dan , process pemulihan yang sangat cepat. 

PERMOTONGAN TISU 

Parut jerawat boleh dihilangkan dengan mememotong ( dengan kaedah yang spesifik) dan menjahit semula bahagian paurt tersebut. Kaedah terbaik untuk parut jenis “icepick ‘ dan dalam dan parut kotak dalam.

SUNTIKAN ‘GROWTH FACTOR’ / 'BIO STIMULATOR’

Ia adalah terapisuntikan pada lapisan atas kulit dengan bahan semulajadi yang akan mempercepatkan / menggalakkan pembentukan kerangka kulit yang baru,  dengan itu mengurangkan saiz parut jerawat dan juga boleh mengecilkan saiz pori.

MICRONEEDLING

Dermapen telah digunakan untuk memudarkan parut jerawat selama bertahun-tahun. Microneedling memutuskan tisu berserabut dan merangsang pertumbuhan tisu baru yang lebih sihat. Ia adalahpilihan yang sangat baik untuk orang yang mencari yang rawatan yang kurang masa ‘down-time’

Di Klinik Dr Diana, kami telah merawat ramai klient yang mempunyai struktur parut yang berbeza. 

SETIAP ORANG MEMPUNYAI PARUT YANG BERBEZA, MEMERLUKAN RAWATAN YANG BERBEZA.

Untuk mengetahui rawatan yang sesuai untuk parut anda, hubungi kami untuk konsultasi oleh doktor.


Sebelum dan Selepas

Testimonial .png

PIH (15).jpgPIH (14).jpg

Your cart is currently empty.
Continue shopping