icon-search

Ini Yang Anda Perlu Tahu Berkenaan Rawatan PICO Laser.

Nama "Pico" akhir-akhir ini menjadi popular dalam perubatan estetik. Ia menjadi salah satu rawatan estetik paling popular di Malaysia.

Pico laser bukan jenama mesin laser atau tanda dagangan, tetapi teknologi laser.

RAWATAN PICO ADALAH RAWATAN LASER.

Nama Pico Laser adalah dari berasal dari Picosaat ialah satu trilion saat. Pico laser ialah sejenis teknologi laser baharu yang menggunakan denyutan ultra-laju , picosaat. Tidak seperti laser laser tang lama, contoh nya laser Q-switched, yang menghasilkan denyutan laser dalam nanosaat, lebih lambat

Di Klinik Dr Diana, kami menyediakan rawatan PICO LASER, menghilangkan pigmentasi jeragat , tompok gelap dan membaiki texture kulit anda, membuat kulit kelihatan lebih muda dan mendapatkan kulit yang licin.


Adakah PICO Laser lebih baik dari laser yang lain?

  1. PICO laser ialah ‘upgrade’ / atau teknologi lebih baru berbanding laser pigmentasi sebelum ini ,iaitu Q-switched. PICO laser  mempunyai tempoh pancaran 1000x lebih laju dari Q-switch laser, dan ia menghasilkan kesan foto-mekanikal dan bukannya foto-terma untuk merawat pigmentasi atau tatu, menjadikan ‘safety profile’ PICO laser adalah jauh lebih baik.Kesan sampingan laser seperti melecur, melepuh, hiper atau hipopigmentasi yang biasa terjadi daripada laser Q-switched dapat dikurangkan.



  1. Selain dari pada itu , PICO laser mempunyai teknologi yang boleh membuat  ‘laser-induced optical breakdowns’(LIOB) di bawah kulit. Yang bagus nya, LIOB ini dapat membaiki tekstur kulit. Hasil nya PICO laser berupaya untuk merawat parut -parut jerawat dan membaiki liang pori yang besar, sama seperti dengan rawatan laser ablatif .


Rawatan Pico laser Ini merangsang penghasilan kolagen dan elastin dalam lapisan kulit yang lebih dalam, memintas lapisan permukaan. Berbanding dengan laser ablatif CO2, rawatan PICO laser ini mempunyai kadar pemulihan yang lebih cepat .Dalam erti kata lain, PICOP laser juga boleh membaiki parut bergolek dan kotak, tekstur kulit tidak sekata, dan pori-pori besar dengan ‘downtime’ yang lebih singkat.

Apakah masalah kulit yang dirawat oleh PICO Laser?

Berikut adalah beberapa masalah kulit yang boleh disembuhkan oleh Rawatan Pico Laser.

Pigmentasi

  • Solar Lentigo (Sunspots, Age spots)

  • Jeragat / Melasma

  • Freckles

  • Parut Gelap / Post-inflammatory Hyperpigmentation

  • Hori’s Nevus

  • Tatu

Inflamasi

  • Inflammatory Acne

  • Red acne marks (Post-inflammatory erythema)

  • Rosacea

Meremajakan Kulit

  • Liang pori yang besar

  • Parut Jerawat

Adakah Rawatan PICO Laser Menyakitkan?

Rawatan Pico Laser adalah rawatan tidak invasif dan tidak memerlukan suntukan bius. Ramai klient kami tidak merasa sakit, Walaubagaimanapun, jika individu mempunyai kulit yang sensitif terhadap ketidak selesaan, krim anestetik boleh digunakan.

Berapa banyak sesi laser PICO diperlukan?

Ini bergantung kepada keadaan kulit anda dan masaalah yang perlu dirawat. 

Sebelum melakukan sebarang rawatan, penelitian dan evaluasi akan di lakukan oleh doktor- doktor kami yang bertauliah dan arif dlam rawatan PICO laser ini.

Berapa lama keberkesanan rawatan PICO Laser bertahan?

Ia adalah bergantung dengan apakah masaalah dan bagaimana rawatan Pico ini dilakukan.

Contohnya , untuk rawatan parut jerawat  dan parut gelap ( post inflamasi hyperpigmentasi), hasil nya adalah kekal. Bagi rawatan pigmentasi seperti jeragat pula, ia sangat bergantung kepada keadaan kulit, gaya hidup dan umur pesakit. Walaubagaimanapun kamu tidak perlu risau, doktor di Klinik Dr Diana akan memastikan kamu faham sebelum rawatan di lakukan.

Bagaimana untuk memilih Rawatan PICO laser yang terbaik?

Seperti sedia maklum, terdapat banyak klinik yang menawarkan rawatan PICO laser ini. Bukan itu sahaja premis bukan klinik , seperti spa kecantikan , pusat laser juga ada yang menawarkan terapi PICO.

Yang penting, penguna , ANDA perlu tahu, keberkesanan adalah bergantung kepada pengalaman dan pengatahuaan doktor yang merawat, selain mesin PICO laser yang asli dan bagus.

Check list yang anda perlu buat sebelumrawatan PICO Laser:

  • Rawatan dibuat di Klinik Perubatan Asthetik yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM).

  • Sebelum rawatan , doktor yang berpengalaman ,bertauliah dan berdaftar dengan KKM perlu memeriksa dan meneliti keadaan kulit anda. 

  • Mesin PICO laser yang asli , dan selamat terjamin oleh KKM ( semua mesin laser di klinik berdaftar , akan diperiksa oleh penguat kuasa KKM secara berkala)

Kesimpulannya, keputusan akhir terletak di tangan pengguna , ANDA. Pemilihan , dimana anda mahu buat rawatan adalah amat penting untuk mendapatkan kepuasan hati, dan hasil yang anda inginkan.

 



.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping