icon-search

FIRE AND ICE (1).jpg

Fice and Ice

Rawatan ' Fire And Ice ' ialah rawatan pengelupasan kimia klinikal yang membuang kekotoran dan sel kulit mati di samping merawat kompleksi kulit wajah yang bermasalah, mengurangkan kedutan halus dan menggalakkan pertumbuhan semula sel. Rawatan ini juga boleh membantu dalam merawat jerawat dan pengurangan parut gelap jerawat.

Ciri utama rawatan Fice and Ice ini ialah hasil yang luar biasa dan ‘no downtime’, membolehkan anda menjalani hari anda seperti biasa.

2.jpg

Oleh sebab itu, ia dinamakan rawatan muka selebriti terbaik oleh Majalah InStyle, rawatan muka ini sangat popular dengan selebriti sehingga ia dipanggil Red Carpet Facial Treatment / Hollywood Facial Treatment. Ramai selebriti menggunakan facial ini sebelum keluar ke majlis-majlis untuk menjadikan kulit mereka kelihatan cantik dan ‘Glow’. Gwyneth Paltrow, Halle Berry, Jessica Alba dan Michelle Keegan ialah beberapa bintang yang pernah menjalani rawatan muka.

Kebaikan Rawatan Fire And Ice

  • Meremajakan kulit

  • Mengurangkan hiperpigmentasi

  •  Merawat  jerawat dan parut gelap jerawat.

  • Mengurangkan kedutan dan garis halus

  • Menggalakkan pembaharuan sel

  • ‘No Downtime’

Semasa Rawatan, Apa Yang Anda Rasa

'Fire Masque' akan membuatkan kulit anda berasa panas dan ‘tinggling’. Manakala 'Ice Masque'  kulit akan menjadi ‘calm’ dan ‘sejuk’ hampir sepenuhnya, dan ia akan membuatkan kulit kelihatan lebih baik.

Tempoh rawatan adalah di dalam lingkungan 60 min - 80 min.

Selepas Rawatan , Apa 'Expectation' nya

  • Kulit muka yang glowing

  • Kulit terasa lebih tegang selepas rawatan

  • Anda mungkin mengalami kemerahan ringan sejurus selepas prosedur.

  • Tiada pengelupasan, ( jika berlaku, ia sangat minimum)

  • Anda membuat ulangan facial pada selang 4 minggu - 6 rawatan disyorkan untuk faedah maksimum

Penjagaan Selepas Rawatan

  • Untuk penjagaan selepas gunakan pembersih muka  yang ‘gentle’ dan kosmetik yang tidak memberi irritasi pada muka anda , selamat 3-5 hari.

  • Gunakan pelindung matahari yang baik 

  • Sebaiknya elakkan pendedahan matahari yang berpanjangan selama beberapa hari selepas mendapatkan rawatan muka ini

Ringkasnya, Fire and Ice Facial ialah "rawatan klinikal intensif yang direka untuk pengelupasan semula kulit dengan cepat dan selamat, bagus untuk beberapa masalah kulit, seperti Pigmentasi , Penuaan dan Jerawat

Jika anda inginkan rawatan api dan ais daripada salah seorang doktor perubatan aesthetic kami, anda boleh hubungi kami pada hari ini.



Your cart is currently empty.
Continue shopping